Wednesday 16 January 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah jika tiada aral melintang kami mula beroperasi pada 4 Febuari 2013..
 Insha Allah...

Alhamdulillah ramai yang bertanya mengenai taska di Presint 15, tp almaklum ler bz bebenor x sempat nk update...masih dalam proses pembersihan da menyediakan kemudahan2 yang diperlukan.. Nak kerahkan teacher pun x bole jgak dorang sibuk ngan anak2 Naliadif di Desa Pinggiran..Nk x nk tggu jek la weekend baru ble set up.. sorry naaa..

Alang-alang ada yang bertanyakan yuran, akk update untuk makluman ibu bapa yang berminat menghantar si comel ke Taska kami yer.. peace no war ;)

Perkhidmatan Jagaan:
* Bayi berumur 2 bulan sehingga 4 tahun
* Transit bagi kanak-kanak yang bersekolah

Waktu operasi:
 
* 7.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin Hingga Jumaat)
 **Sabtu, Ahad & Cuti Am : Dibuka sekiranya terdapat permintaan dari ibubapa
 
Yuran : 
 
*Yuran Pendaftaran : RM80.00
* Yuran 2 bulan – 3 Tahun : RM350.00/bulan
* Yuran 3 tahun – 4 tahun : RM280.00/bulan
* Yuran Transit : RM130.00/bulan
* Yuran Harian kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun ( Day care) : RM 18.00/hari,
 
 
Temui kami di alamat:
 
NO.7, P15H JALAN 2/1
PUTRAJAYA
 
 

Monday 7 January 2013

BAKAL DIBUKA FEBUARI 2013

Assalamualaikum...

3rd BRANCH NALIADIF....

INSHA ALLAH... DOAKAN KAMI..

Sunday 6 January 2013

Sumber Utusan Malaysia.... Kita share k!!

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak


SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber: Utusan Malaysia

Saturday 5 January 2013

Taska Desa Pinggiran Putra

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 2013 tahun ketiga taska kami beroperasi dengan kehadiran anak-anak comel. Bermula dari awal tahun 2011 kehadiran bayi seawal 2 bulan hingga kini membesar disini dengan begitu cepat sekali.. Alhamdulillah syukur kehadratMu Ya Allah.. setiap detik Engkau lindungi annugerah-anugerah yang engkau kurniakan ini,Syukur Ya Allah.. Engkau jauhkanlah anugerah-anugerah ini dari perkara yang tidak diingini Ya Allah...

















Syukur  Alhamdulillah...




Tuesday 1 January 2013

Taska Naliadif

Assalamualaikum..

Selamat datang ke Taska kami,
TASKA NALIADIF

Bertempat di:
No.12 Jalan Pinggiran Putra 3/1
 Desa Pinggiran Putra
dan cawangan kami
No.8, Jalan Desa Pinggiran Putra 4/9
Desa Pinggiran Putra

Pinggir Putrajaya gitu!!



Kepada ibu bapa yang bekerja di Putrajaya ingin mencari taska, jgn risau Pinggiran Putra kawasan yg tidak dilanda jammmm bagai!!

DAFTARLAH SEKARANG!!

Secara umumnya Taska kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan dan penjagaan yang selamat, harmoni dan berkualiti bagi bayi dan kanak-kanak berumur seawal 2 bulan sehingga 4 tahun yang diasuh dan dipantau dengan penuh belaian kasih sayang.
InsyaAllah kami akan memberikan penjagaan terbaik untuk si comel anda!!
Jgn segan silu, hubungi nombor yang tertera diatas untuk keterangan lanjut..



  • Perkhidmatan Jagaan:
* Bayi berumur 2 bulan sehingga 4 tahun
* Transit bagi kanak-kanak yang bersekolah

  • Waktu operasi:
* 7.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin Hingga Jumaat)
 **Sabtu, Ahad & Cuti Am : Dibuka sekiranya terdapat permintaan dari ibubapa
  • Yuran :
*Yuran Pendaftaran : RM50.00
* Yuran 2 bulan – 3 Tahun : RM300.00/bulan
* Yuran 3 tahun – 4 tahun : RM220.00/bulan
 Yuran Transit : RM130.00/bulan
* Yuran Harian kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun ( Day care) : RM 18.00/hari,


“ANAK ITU ADALAH AMANAH ALLAH S.W.T”

SILA HUBUNGI : PUAN YUZILA 019-6240499